Saturday, March 31, 2007

bidadari...

Petikan kata Nurul Akasyah...

Ketahuilah Allah telah menganugerahkan dalam diri setiap perempuan sifat rahmah... sifat penyayang. Walaubagaimana kasarnya dia pada mata orang, tapi masih tenteram di dalam dadanya sifat penyayang. bukankahperempuan dicipta dari tulang rusuk yang bengkok. Dan bengkoknya itu bukan bermakna satu kekurangan tetapi sebenarnya satu penyempurnaan. Tulang rusuk yang bengkok itu sifatnya sebagai pelindung. Melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung dan paru-paru. Dalam erti kata lain, terciptanya seorang perempuan itu secara semulajadinya dua sifat tersebut juga ada dalam dirinya, iaitu penyayang dan pelindung. Oleh sebab itulah perasaan perempuan ni halus. Kerana adanya dua sifat itu jugalah maka seorang perempuan sanggup bersabar dalam menjaga dan melayan karenah anak-anak. Bersabar apabila hatinya digores atau dikecewakan oleh mereka. Yang mana tidak mampu dilakukan oleh seorang lelaki.

Sebenarnya bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga malah lebih bengkok daripada orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya. Perempuan kasar tingkah lakunya dan pernah juga dikatakan tidak layak untuk lelaki yang faham agama lantas berusaha memperbaiki dirinya. Dia sedar yang dia bukannya lahir dalam keluarga yang kuat latar belakang agamanya seperti.. sebab itu, dia perlu berusaha kerana untuk jadi muslimah yang baik. Dan pastinya satu hari nanti dia juga akan menjadi bidadari syurga untuk lelaki yang bisa melihatnya sebagai bidadari. Bidadari dengan cara dan gayanya yang tersendiri.

Wednesday, March 28, 2007

mana arah ku?

aku ingin menjadi seperti Nurul Akasyah dan Carl Duke Adam... paling tidak seperti Nur Khadijah dan Syed Ahmad Mukhriz...
berjuang kerana cintakan jalan Allah.
berkkasih kerana Allah...
bina baitul muslim dan hidup dalam penuh keberkatan dan keredhaan Allah...
dapatkah aku mengikut jejak mereka?
masih adakah hamba Allah yang mencintai hambaNya yang lain kerana Allah?
Cinta... seringkali dicemari dengan nafsu dan angan2 kosong yang tak berkesudahan...
aku jadi jelek dengan cinta...
tiada kemanusiaan dan belas kasihan..
sedangkan Allah menciptakan manusia untuk hidup aman dan berkasih sayang keranaNya...
dimana harus aku sorongkan langkah kaki ini?

tiada jawapan

kadang kala bukan semua persoalan itu akan ada jawapannya...
ingin saja aku terus bertanya... tanya pada awan, tanya pada bintang, tanya pada langit, tanya pada laut.. tapi semuanya bisu... bagai menyembunyikan suatu rahsia daripada aku...rahsia yang teramat rapat disimpan dan tidak aku ketahui... aku terus bertanya... pada hati, pada diri...
mengapa?
kenapa?
siapa?
apa?
aku sudah kehabisan kata... tapi jawapan tetap tiada...
aku ingin tahu segalanya...segalanya...
jawapan yang pada setiap persoalan yang aku ingin tahu...
tapi semuanya bisu..
dan aku sedar...
tiada persoalan yang perlu ada jawapan...
tanyalah hati dan jawapannya adalah...
"kembalilah pada Allah yang Maha Penyayang"
.......................................................................................noktah!

Monday, March 12, 2007

permulaanku...

Salam...
dah lama aku berangan nk wat blog sendiri...
akhirnye...
insyaAllah dengan blog ni aku akan dapat sesuatu yang baru dalam hidup aku...perhap
mungkin idea2 baru, ilham2 baru utk kerja2 aku... teman2 baru...ilmu2 baru...
dan yang lebih penting aku nak MULAKAN HIDUP YANG BARU!!!
InsyaAllah...
Bermula detik ini, aku harap blog ni akan jd tempat aku mencurah rasa, berkongsi suka duka dan pengalaman yg aku lalui sepanjang bergelar hambaMu Ya Khaliq...
Semoga aku tabah dan kuat selama kesempatan yang diberikan olehNya ini...