Petikan kata Nurul Akasyah...
Ketahuilah Allah telah menganugerahkan dalam diri setiap perempuan sifat rahmah... sifat penyayang. Walaubagaimana kasarnya dia pada mata orang, tapi masih tenteram di dalam dadanya sifat penyayang. bukankahperempuan dicipta dari tulang rusuk yang bengkok. Dan bengkoknya itu bukan bermakna satu kekurangan tetapi sebenarnya satu penyempurnaan. Tulang rusuk yang bengkok itu sifatnya sebagai pelindung. Melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung dan paru-paru. Dalam erti kata lain, terciptanya seorang perempuan itu secara semulajadinya dua sifat tersebut juga ada dalam dirinya, iaitu penyayang dan pelindung. Oleh sebab itulah perasaan perempuan ni halus. Kerana adanya dua sifat itu jugalah maka seorang perempuan sanggup bersabar dalam menjaga dan melayan karenah anak-anak. Bersabar apabila hatinya digores atau dikecewakan oleh mereka. Yang mana tidak mampu dilakukan oleh seorang lelaki.
Sebenarnya bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga malah lebih bengkok daripada orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya. Perempuan kasar tingkah lakunya dan pernah juga dikatakan tidak layak untuk lelaki yang faham agama lantas berusaha memperbaiki dirinya. Dia sedar yang dia bukannya lahir dalam keluarga yang kuat latar belakang agamanya seperti.. sebab itu, dia perlu berusaha kerana untuk jadi muslimah yang baik. Dan pastinya satu hari nanti dia juga akan menjadi bidadari syurga untuk lelaki yang bisa melihatnya sebagai bidadari. Bidadari dengan cara dan gayanya yang tersendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment